Renungan Untuk Kita

*renungan untuk kita*

Jika seorang jutawan memberi anda satu juta, apakah yang anda akan lakukan untuk menyatakan
terima kasih anda terhadapnya?

Jika jutawan tersebut berkata lagi,
” saya akan memberi anda satu juta
lagi pada masa akan datang”..
bagaimana pula perasaan anda
dan apakah tindakan anda terhadapnya untuk menyatakan
terima kasih anda yang tidak terhingga kepadanya?

Adakah anda akan menuruti segala
kehendak dan arahannya?

Adakah anda akan coba sedaya upaya untuk menjaga hati dan perasaan jutawan tersebut supaya tidak tersinggung melihat
sebarang perbuatan anda terhadapnya?

Apa lagi yang akan
anda lakukan,nyatakanlah
dengan seikhlasnya.

Sahabatku..
Tahukah anda di sana ada jutawan yang Maha Kaya yang
memiliki dunia ini?

Jutawan yang telah menganugerahkan kepada anda mata untuk melihat,.

menganugerahkan anda telinga untuk mendengar,.

menganugerahkan anda tubuh badan untuk anda menikmati hidup ini..

dan menganugerahkan
anda berbagai lagi nikmat yang tidak terhitung banyaknya.

Adakah anda kenal jutawan tersebut?

Jika anda kenal akan
jutawan tersebut,apakah yang
anda lakukan untuk mendapat keredhaanNya?

Sahabatku..
Jutawan tersebut ialah Allah Yang
Maha Berkuasa yang telah mencipta anda dan apa yang ada
disekeliling anda.

Tidakkah anda
suatu masa dahulu hanyalah setitis air mani yang tidak
mempunyai nilai sama sekali.?

Tetapi sekarang anda adalah seorang
manusia yang mempunyai berbagai kelebihan dan keistimewaan. .

Adakah anda sendiri telah mencipta diri anda sendiri yang sebegini hebat atau
ia adalah semata-mata anugerah
yang tidak ternilai yang telah diberikan oleh Yang Maha
Pemurah Dan Berkuasa kepada anda?

Adakah nikmat yang
sedang anda nikmati ini boleh dinilaikan dengan harga?

Adakah jutawan yang memberi anda sejuta lebih mulia dan hormati daripada Allah Yang Maha
Pemurah yang telah
menganugerahkan kepada semua nikmat ini dengan tanpa
meminta bayaran apapun?

Adakah keredhaan jutawan tersebut lebih anda utamakan dari pada keredhaan Allah Yang Maha Berkuasa?

Sahabatku..
Apakah solat lima waktu menjadi beban hidup anda?

Apakah menutup aurat merupakan bala
kepada kehidupan anda?

Apakah untuk anda belajar mengenali
Allah dan mengetahui segala perkara yang memberi keredhaan
serta kemurkaan Allah menjadi kesusahan hidup anda?

Adakah dengan melaksanakan segala
perintah dan meninggalkan segala larangan Allah merupakan satu kezaliman kepada hidup anda?

Apakah dengan
menjauhkan perkara yang diharamkan oleh Allah merupakan
penyebab kepada kegagalan hidup anda?

Jika jawabannya ‘Ya’
maka mampukah anda memulangkan semua nikmat yang
sedang anda cicipi ini kepada Allah.?

Saudara/iku..
Tidakkah wajar kita mentaati semua perintah Allah yang
sentiasa memberi kita nikmat ini setiap hari sehingga kita mati?

Tidakkah wajar kita bersyukur kepada Allah yang menjanjikan nikmat yang berganda-ganda di dalam syurga kepada orang yang
mentaatiNya?

Tidakkah wajar kita
belajar mengenali Allah dan segala tuntutan agamaNya selepas Allah dengan rahmatnya yang luas akan mengampunkan semua dosa serta kesalahan hambanya yang bertaubat?

Tidakkah kita rasa bertuah kerana menjadi menjadi
orang Islam yang mengenali Allah?

Sahabatku..
Segeralah kembali kepada Allah sebelum nyawa melepasi kerongkong karena masa tersebut taubat tidak lagi diterima.

Segeralah jauhi perkara yang menjadi kemurkaanNya dan
laksanakanlah segala suruhannya sebelum datang waktu di mana penyesalan tidak memberi
sebarang faedah lagi kepada anda.

Segeralah belajar maengenali Allah dan agama yang diredhaiNya itu sebelum anda
kembali menemui Allah.

Sahabatku..
Mintalah hidayah dan kekuatan daripada Allah untuk melaksanakan semua kewajiban kerana kedua-duanya itu pun
adalah anugerah Allah yang diberikan kepada mereka yang
benar-benar ikhlas niatnya serta bersungguh-sungguh di dalam perjuangannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s